1.3.2 PERKEMBANGAN NASIONALISME
Terbahagi kepada dua tahap:
1. Penentangan masyarakat secara terbuka
· faktor: isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi
· dipimpin oleh golongan berpendidikan Barat dan Asia Barat; menekankan kesedaran politik dengan menuntut hak-hak dikembalikan dan taraf hidup mereka diperbaik
2. Lebih radikal dan beroganisasi
· faktor: tahap pertama gagal
· dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu Barat; mengenal pasti perubahan yang terjadi terhadap bangsa dan negara yang dilakukan oleh penjajah
· menuntut kemerdekaan negara
Gerakan Nasionalisme di FILIPINA
Tahap pertama
1) Gerakan Dakyah
o dipimpin oleh Jose Rizal yang sanagat berpengaruh dan disokong golongan pertengahan berpendidikan Barat
o Filipina dijanjikan akan diberi hak sama seperti bangsa Sepanyol, dijadikan wilayah Sepanyol dan diberikan kebebasan bersuara
2) Liga Filipina
o ditubuhkan oleh Jose Rizal pada 1892 bagi mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan social
o Sepanyol rasa terancam lalu menangkap Jose Rizal dan beliau dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao
o Jose Rizal dijatuh hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontak
Tahap kedua
1. Katipunan
ü Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacia untuk memulakan penentangan radikal terhadap Sepanyol
ü matlamatnya ialah menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi
ü penyebaran fahaman Katipunan kepada rakyat melalui akhbar rasmi iaitu Kalayan
ü Pada 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan Sepanyol tetapi gagal
ü pada 1897, Bonifacio telah dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo selepas berlaku persengkataan antara mereka berdua dan Katipunan menjadi semakin lemah
ü Emilio Aguinaldo menganggotai Katipunan yang dilantik sebagai Datuk Bandar di Cavite pada 1895 dan pada 1897, Aguinaldo dilantik sebagai Presiden Kerajaan Revolusi Filipina
ü pada 1898, Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol
ü pada 1899, Amerika tidak mengiktirafkan kemerdekaan Filipina yang dibuat oleh Aguinaldo kerana Amerika telah menguasai Filipina
ü Revolusi perjuangan diteruskan oleh Aguinaldo sehingga ditangkap pada 1901
2. Parti-parti Sederhana
ü Amerika Syarikat terpaksa membenarkan penubuhan parti politik sederhana
ü pada 1901, Sergio Osmena (Parti Nasional) memenangi pilihan raya dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan
ü Nasionalis Filipina hanya menuntut kemerdekaan pada 1930-an melalui Perlembagaan apabila pimpinan Amerika Syarikat lebih liberal
P/S: ahahaa ini merupakan kerja sejarah saya dan kawan baru saya, qayyum
esok, 24th of january, kami akan membentang ini nota di hadapan rakan2 kelas
WISH US LUCK BITCHES *winkwink
waaa good2! nice job la speaker!!
ReplyDelete